serabutnya kepala aku…

November 6th, 2006 by andefined

Mgu lepas kira cam bad week of the year bagi aku…. yela da la pas raye duit da kureng.. pastu ble pulak rumah aku kene msuk pencurik, habis duit aku,ic, and digicam mber aku kene rembat…(bru bli RM2k tu….) , ni suma housemate aku punya pasal, pegi keje pemalas nak mampus nak kunci pintu.. dah tau aku msih tdo lagi kunci jela.. maybe pencurik tu masuk msa drg suma da pg keje & aku tgh tdo lg…hampeh tul.. nsib baik la die msuk syp2 je, kene die msuk bwak parang ke ape ke xke naya aku sorang2 kat situ… yang aku pelik lagi satu hal..kenapa pencurik ni x ambik skali wallet aku? die smpat plak rembat duit & ic aku je, n letak blik kat tmpat asal… pastu nape die x ambik Hphone aku kat atas katil.. then ble msuk blk mber aku ambik digicam?… Hairan Raihan…. yang aku risau sesangat ni pasal I.C aku! last time aku baca paper rmai gak yang identiti kene klon, bank blacklist, xleh renew lesen, saman byk giler,(takutnya aku…) smpai skang aku bingung, mane pg I,C aku… duit tu aku xkisah sgt…

tp kdg2 aku terpkir…. klu Allah nak tarik balik something tu sekelip mta je.. aku terima je la sebagai ujianNya.. Wallahualam..

EISTIMEWAAN PUASA DAN BULAN RAMADHAN

October 4th, 2006 by andefined

KEISTIMEWAAN PUASA DAN BULAN RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM SIDANG PEMBACA SEKALIAN,

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun. Ini disebabkan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan.

Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pelangalam yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukum, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Membanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.

Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa.

Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:

Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:

Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.

Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

1. Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.

Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.

SELAMAT BERPUASA!

Teka teki

September 5th, 2006 by andefined

1. Paling banyak banyak binatang kat dalam hutan belantara…. Binatang ape yang pemalas ????
Singa Jantan…pasal dia malas nak cukur misai sampai tebal satu muka….

2. Kenapa Amerika takut kat Jepon….. dan Jepon pulak takut kat Amerika?????
Pasal Jepon ade Ultraman….Amerika pulak kan ade Superman…?!

3. Dalam banyak banyak Pokok….Pokok ape yg paling tinggi ???
Pokok atas gunung ddahhhh………

4. Kalau kamu pandai….Sila jawab soalan inie dalam bahasa Arab dah.
Soalan :
Seorang Tua jatuh dari tingkat 40 lalu mati…….
Siti Nurhaliza berlari keliling padang tanpa seurat benang….
Bulan depan gaji Rahim naik $1 juta…….
Jawapan :
Inna’lillah wa’inna’lillah hira’ji’unn…..
Astagh’firullah’hal’azimm…….
Al’hamdulillah……….

5. Ade seorang budak , rumah tingkat 10 , tiap-tiap hari , dia naik lif sampai tingkat 8 , terus naik tangga lagi 2 tingkat….kenapa pulak?
Sebab budak nie pendek..tak sampai nak picit tingkat 10….

6. Paling banyak banyak Bangsa dalam alam inie…Bangsa yg mane satukah yang paling hebat dalam dunia nie?????????
Tak tahu ke???….. Bangsa Melayu dahh….pasal boleh makan UBI KAYU… JAMBU BATU, PUCUK PAKU….BELIMBING BESI….IKAN SELAR PAPAN…BUAH KERAS…CILI API dan lain lain lagi…..betul tak???

7. Aper dia ….naik cepat….turun lambat….??????
Hingus lahhh…….

8. Banyak banyak surat…….surat ape yg tak perlu di jawab?????
Suratan takdir illahi lahh…(siapa yg nak surat seperti ini?)

9. Apasal baju Superman Ketat????????
Kan kat depan baju dia tuu hurup ” S ” , Baju dia size S dahhh..

10. Buat Baik berpada-pada, Buat jahat ……….????
JANGAN LAGI….bukan buat jahat jangan sekali kerana kalau inilah jawapannya maka kena buat jahat berkali kali sebab disuruh buat jahat jgn sekali….Faham ?!?

11. Siapakah orang yang paling layak digelar ” keras kepala ” ?
Penunggang motosikal yang tak pakai helmet…sebab mereka rasa “kepala mereka dah keras” tak payah pakai helmet…maknanya kalau moto mereka terbalek…terbabas ke…masok bawah lori ke… kepala mereka takkan pecah……..hehehehehe……..

nachooooooooooooooo…………!

August 25th, 2006 by andefined

aku xkira aku nak tgk cite ni!…

Poster1